top of page
Search

Mancing Di Pasir Kemudi

Assalamualaikum w.b.t

Hari minggu ritu aku g mancing di Pasir kemudi, hajat dihati nak mancing ikan Lampam.

Aku dah banyak kali tengok video kat Youtube umpan untuk si Lampam ni, ade yang buat guna dedak campur dengan serbuk kari kurma, dedak ikan keli, gandum banyak lagi la..

Setakat ni aku baru try buat dedak campur serbuk kari dan gandum, Alhamdulillah sangkut la jugak 4,5 ekor lampam.


Ikan ni aku dapat time mancing kat situ jugak, tapi aku x tahu ikan apa ni?

Ada yang cakap ikan Kepah, ade yang cakap ikan Kaloi...koram rasa ni ikan apa?

Dapat 2 ekor time tu saiznya boleh tahan, tapi aku guna umpan cacing je dapat ikan ni.

Time tarik tu aku rasa macam padu gila sebab aku guna joran udang je kot!hahaha..


Untuk next trip nanti aku nak cuba guna umpan dari dedak ayam pulak, nak tengok macamana hasilnya tunggu aku upload gambar okey..ada yang cakap dedak ayam dicampur dengan gandum ni menjadi untuk si lampam ni.


Okey bagi mereka yang tertanya-tanya Pasir Kemudi ni kat mana..meh aku ringkaskan sikit ye.Pasir kemudi ni bertempat di salah sebuah penempatan kecil area Sg Lembing, kira tempat ni pendalaman jugakla, dikelilingi dengan pokok kelapa sawit (sebab tu lampam suka kot).Jalan Sg Lembing tu kat mana?..ianya bertempat di Kuantan, Pahang.Sebenarnya Sg Lembing ni adalah sebuah tempat yang bersejarah, ada terowong, musium lama dekat situ,

ramai jugak orang-orang luar datang melawat.


Yang mana minat terowong,musium boleh datang sini sambil-sambil tu boleh mancing.Okey gais next aku post lagi pasai mancing ni ye..




 
 
 

Comments


Subscribe Form

©2020 by Lampam Sungai

bottom of page